Pasangan warga asing diburu kes pecah rumah

Iklan
Kenderaan jenis Perodua Iriz disyaki digunakan suspek dalam melakukan pecah rumah di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Jumaat lalu. Foto kecil: Mohd Akmalrizal

KUALA LANGAT - Polis giat memburu seorang lelaki dan wanita warga asing melibatkan kes pecah rumah di Telok Panglima Garang di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, laporan kejadian diterima pihaknya sekitar jam 10.41 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengadu iaitu lelaki tempatan mengalami kerugian wang tunai.

"Usaha mengesan suspek kini giat dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Iklan