Kes bunuh di Kapar: Warga emas antara empat individu ditahan

Iklan
Polis menahan empat individu termasuk seorang warga emas dan dua warga asing bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga tempatan yang ditemui mati di Kapar.

KLANG - Seorang lelaki warga emas antara empat individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang peniaga dipercayai dibunuh di Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat, Kapar, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, suspek bersama tiga individu lain termasuk dua lelaki warga asing itu ditahan dalam operasi khas dijalankan pihaknya pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Antara yang ditahan ialah dua lelaki tempatan termasuk seorang warga emas, manakala dua lagi merupakan lelaki warga asing.

"Kesemua individu berusia antara 19 hingga 72 tahun dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya pada Ahad.

Iklan

Terdahulu, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 33 tahun dipercayai dicekik sehingga maut sebelum mayatnya ditemui orang awam di kawasan Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat, Kapar, di sini, Khamis lalu.

 

Iklan