Farah Lee, ZRA termasuk 11 sukarelawan Malaysia mula belayar dari Italy menuju Gaza - Mapim

Iklan
Farah Lee (belakang, kiri) dan ZRA (dua dari kanan) antara 11 sukarelawan Malaysia yang belayar dari Itali ke Gaza. Kumpulan sukarelawan Malaysia yang belayar dari Itali ke Gaza dikongsikan di hantaran story Instagram rasmi Sumud Nusantara @sumudnusantaraofficial.

SHAH ALAM - Seramai 11 orang sukarelawan Malaysia dalam kumpulan B yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza mula belayar ke Gaza dari Catania Sicily, Itali bagi menyempurnakan usaha menyalur bantuan kepada rakyat Palestin.

Kumpulan tersebut merupakan sebahagian daripada peserta misi membabitkan 18 buah delegasi dunia yang berlepas dan belayar dari lokasi sama selepas hampir 12 hari persiapan di darat.

Iklan
Iklan

Perkara tersebut disahkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Menurut Mapim, gelombang kedua kapal dijangka bertolak dari Tunisia dan Greece pada Isnin ini dan bakal menjadikan misi ini operasi kemanusiaan maritim terbesar ke Gaza.

Iklan

"Kumpulan B dari Malaysia terdiri daripada 11 orang manakala satu delegasi dari Brunei kini sudah berlayar dalam lapan kapal dari jumlah keseluruhannya.

"Delegasi Malaysia terdiri daripada pempegaruh Farah Lee, ZRA (Strim atau nama penuhnya Zainal Rashid Ahmad), Ustaz Mad Kecik UMK, Aktivis Mapim, Nik Aziz dan beberapa lagi NGO Malaysia.

Iklan

"Menurut kenyataan penganjur, kapal-kapal dari Tunisia, Sicily dan Barcelona akan bergabung di lautan antarabangsa dalam masa terdekat untuk bersama sebagai satu konvoi flotilla untuk menuju Gaza," menurut hantaran tersebut.

Tambah Mapim, gelombang kedua kapal dijangka bertolak dari Tunisia dan Greece pada Isnin ini dan bakal menjadikan misi ini operasi kemanusiaan maritim terbesar ke Gaza.

Sumud Flotilla merangkumi lebih 40 kapal dengan penyertaan lebih 800 aktivis dari 44 negara, termasuk tokoh hak asasi manusia, doktor dan sukarelawan kemanusiaan, lapor media Al Jazeera.

Misi tersebut mengulangi usaha antarabangsa terdahulu untuk menyalurkan bantuan secara langsung kepada Gaza, walaupun berdepan risiko dihalang atau diserang tentera laut Israel.