Makan Ceria Kongsi Bersama Ayam Brand sempena Tahun Baharu Cina

Iklan

KUALA LUMPUR – Ayam Brand™ memperkenalkan kempen Makan Ceria Kongsi Bersama sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini dengan mengetengahkan rangkaian Ayam Carik sebagai pilihan bahan serba guna untuk penyediaan hidangan perayaan.

Menurut syarikat itu, kempen berkenaan bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengekalkan tradisi berkumpul bersama keluarga sambil meneroka idea masakan yang lebih kreatif dan moden, sejajar dengan perubahan gaya hidup masa kini.

Iklan
Iklan

Tumpuan utama kempen ini adalah rangkaian Ayam Carik Ayam Brand™ yang hadir dalam beberapa variasi perisa termasuk Lada Hitam dan Sos Gochujang Korea Pedas. Ayam Carik Lada Hitam menawarkan rasa yang lebih kuat dengan aroma lada hitam, manakala Ayam Carik Sos Gochujang Korea Pedas memberikan sentuhan pedas dan rasa ala Korea yang sesuai untuk hidangan perayaan.

Selain itu, Ayam Carik Mayones dan Ayam Carik Cili Pedas turut diperkenalkan bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk menyesuaikan hidangan mengikut cita rasa masing-masing.

Iklan

Sebagai inspirasi sempena musim perayaan, Ayam Brand™ turut mencadangkan beberapa idea masakan termasuk Yee Sang Ayam Carik dan Bakwan Jagung Ayam Carik yang diolah daripada snek popular dengan gabungan jagung manis.

Iklan

Pengarah Pemasaran Ayam Brand™, Teoh Wei Ling berkata, Tahun Baharu Cina bukan sekadar tentang makanan, sebaliknya menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui perkongsian di meja makan.

“Melalui kempen Makan Ceria Kongsi Bersama, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk meraikan perayaan dengan lebih kreatif menggunakan produk Ayam Brand™, sekali gus mengeratkan lagi silaturahim antara generasi,” katanya.

Dalam pada itu, Ayam Brand™ turut menggalakkan pemberian hadiah berbentuk barangan makanan seperti nanas, cendawan dan ayam carik dalam tin yang sesuai dimasak atau dikongsi bersama. Pengguna yang berbelanja RM25 dan ke atas bagi produk Ayam Brand™ juga berpeluang menebus plushie edisi terhad di kedai terpilih di seluruh negara, selagi stok masih ada.

Jika anda juga ingin mencipta kelainan baru di dapur sempena Tahun Baru Cina ini, layari www.ayambrand.com.my, dan dapatkan inspirasi idea perayaan di Instagram @ayambrandmy serta di Facebook Ayam Brand Malaysia. Semangat Makan Ceria Kongsi Bersama ini juga akan diteruskan selepas Tahun Baru Cina, melalui Ayam Brand™ yang membawa semangat perkongsian yang sama sampai musim Ramadan dan Raya menerusi lebih banyak idea dan inspirasi.