UPTM semarak warisan budaya dan kelestarian alam

Iklan
Aktiviti penanaman pokok bakau seiring misi USR UPTM: EcoHeritage-Where Culture Meets Nature baru-baru ini.

SHAH ALAM - Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) sekali lagi membuktikan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar dan pemeliharaan warisan budaya melalui penganjuran University Social Responsibility (USR) UPTM: EcoHeritage-Where Culture Meets Nature baru-baru ini.

Pengarah projek, Zalina Zalwadi berkata, pihaknya berharap EcoHeritage tidak sekadar menjadi program berkala tetapi berkembang menjadi satu gerakan berterusan yang menggabungkan pendidikan, kelestarian dan pemerkasaan komuniti.

Iklan
Iklan

“Kami mahu mahasiswa membawa pulang bukan sahaja ilmu akademik, tetapi pengalaman hidup yang membentuk sahsiah dan kesedaran sivik,” katanya.

Peserta tidak melepaskan peluang untuk aktiviti menggagau ikan di sawah.

Iklan

Beliau berkata demikian pada program di Tanjong Karang dan Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor yang diadakan baru-baru ini.

Program yang menghimpunkan lebih 55 peserta itu menjadi wadah penting dalam memperkukuh hubungan universiti dengan komuniti luar bandar, di samping memberi peluang pembelajaran serta pengalaman kepada pelajar.

Iklan

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti penanaman pokok bakau, menggagau ikan di bendang, bermain layang-layang, mandi palong dan malam kebudayaan melibatkan pertukaran budaya antarabangsa dengan menampilkan tarian kuda kepang serta mencanting batik.

Selain itu, peserta turut berpeluang meninjau keunikan perusahaan tradisional tempatan seperti kilang baulu, kerepek, nata de coco, beras dan coklat di Sungai Besar.