Warga emas maut ditikam anak kandung

Iklan
Seorang warga emas maut selepas dipercayai ditikam anak kandungnya di pangsapuri Bandar Permaisuri, Cheras.

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas maut selepas dipercayai ditikam anak kandungnya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Permaisuri, Cheras pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Ridzuan Khalid berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada jam 3.01 pagi.

Iklan
Iklan

"Mangsa seorang lelaki berusia 62 tahun ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu kediamannya dengan kesan tikaman.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, siasatan awal membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 24 tahun yang merupakan anak mangsa.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.

Iklan

"Suspek direman tujuh hari bermula 13 hingga 19 September bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau tampil ke balai polis berhampiran.