'Jangan sorok di balik meritokrasi' - Pemuda UMNO bantah cadangan mansuh matrikulasi

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.

SHAH ALAM - Cadangan memansuhkan sistem matrikulasi dan menjadikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam (UA) tidak adil dan meminggirkan kelompok luar bandar.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata, cadangan tersebut tidak mengambil kira realiti akses pendidikan yang tidak seimbang, khususnya melibatkan pelajar di kawasan pedalaman.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sistem matrikulasi diwujudkan sebagai antara mekanisme untuk membuka lebih banyak ruang kepada pelajar luar bandar dan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"Kalau semua kena ikut STPM, siapa yang paling untung? Yang ada tuisyen, sekolah 'top', guru hebat. Siapa pula yang teruk tersepit, rugi? Anak kampung, anak nelayan, anak Felda.

Iklan

"Jangan sembunyi belakang 'meritokrasi' jika akhirnya hanya kelompok tertentu yang untung. Janganlah membina istana di atas pusara, menari di atas tangisan anak-anak kampung," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) dilapor menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan silibus STPM sebagai piawaian tunggal kemasukan ke UA bagi jurusan ijazah.

Iklan

Presidennya, Tang Yi Ze berkata, ini kerana pihaknya mendapati silibus STPM terbukti lebih baik, mencabar dan turut diiktiraf di peringkat antarabangsa termasuk oleh universiti ternama dunia.

Dalam pada itu Wan Muhammad Zuhir turut mempersoalkan sikap segelintir pihak yang lantang mengkritik sistem matrikulasi tetapi berdiam dengan kewujudan sistem pendidikan seperti Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang tidak mengikut dasar pendidikan kebangsaan.

"Yang tidak ikut dasar pendidikan kebangsaan tidak pernah pula kamu persoalkan.

"Kenapa 'double standard'," ujarnya.