Kluang, Mersing daerah paling bahagia: Cerminan hidup tenang, gembira Bangsa Johor – Exco

Iklan
Kadar kebahagian tinggi yang dicatatkan Kluang dan Mersing menggambarkan kehidupan di kedua-dua daerah berkenaan lebih tenang dan bahagia.

JOHOR BAHRU – Kadar kebahagiaan tinggi yang direkodkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melibatkan dua daerah iaitu Kluang dan Mersing mencerminkan kehidupan lebih tenang, suasana lebih gembira serta kesihatan mental yang baik di Johor ketika ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin, khususnya di beberapa daerah yang menjadi tumpuan pembangunan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, peningkatan kebahagian memberikan gambaran bahawa rakyat hidup dengan lebih selesa.

"Ini selaras dengan usaha kerajaan negeri dalam meneruskan naik taraf infrastruktur serta kemudahan asas agar manfaatnya dirasai semua lapisan masyarakat.

Iklan

"Justeru, antara fokus utama adalah penambahbaikan fasiliti kesihatan di hospital dan klinik yang akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada Bangsa Johor selaras dengan slogan; kesihatan adalah asas kepada kebahagiaan," katanya.

Tiang Soon berkata demikian bagi mengulas pengiktirafan yang diterima daripada DOSM pada Jumaat yang merekodkan daerah Kluang dan Mersing di Johor Mersing dan Raub di Pahang sebagai daerah poking bahagia.

Iklan

Daerah Kluang merupakan daerah yang paling bahagia dengan merekodkan skor tertinggi 9.83 dalam Indeks Kebahagiaan Malaysia (MHI) 2024, diikuti oleh Raub (9.52) dan Mersing (9.50).

Sementara itu, Tian Soon berkata,

kadar kebahagian tinggi bererti yang dicatatkan di Kluang dan Mersing menggambarkan kehidupan di kedua-dua kawasan berkenaan lebih tenang dan bahagia.

"Usaha-usaha daripada kerajaan negeri dengan pelaksanaan banyak insentif, dilihat dapat membantu rakyat hidup lebih selesa.

"Selain itu, kerja-kerja naik taraf

infrastruktur seperti hospital diharap dapat memberikan perkhidmatan yang lebih selesa dan mudah kepada Bangsa Johor.

"Jika perkhidmatan kesihatan mudah diakses dan berkualiti, rakyat akan lebih tenang serta yakin untuk membina kehidupan di negeri ini,” jelasnya.