Warga emas maut dipijak gajah liar

Iklan
sekumpulan gajah muncul dari kawasan hutan dan menghala ke arah Waman. Gambar hiasan.

GADCHIROLI – Seorang warga emas maut selepas dipijak oleh seekor gajah liar dalam kejadian tragis di daerah Gadchiroli, timur Maharashtra pada Rabu.

Seorang pegawai perhutanan berkata, mangsa, Waman Gedam, 62, merupakan penduduk dari kampung Churachura-Malguzari.

Iklan
Iklan

Menurut pegawai tersebut, kejadian berkenaan difahamkan berlaku kira-kira jam 4.30 petang di kawasan perhutanan Porla, Gadchiroli.

Ketika kejadian, Waman sedang dalam perjalanan pulang bersama abangnya, Mahadev Gedam dan seorang lagi penduduk kampung selepas membawa lembu mereka meragut rumput.

Iklan

Tidak lama kemudian, sekumpulan gajah muncul dari kawasan hutan dan menghala ke arah Waman.

Mahadev dan seorang lagi penduduk kampung dapat berlari ke tempat selamat, namun Waman tidak sempat menyelamatkan diri.

Iklan

Seekor gajah dilaporkan telah mengangkat Waman dengan belalainya, mencampakkannya ke tanah, lalu memijaknya sehingga mangsa maut di tempat kejadian.