Remaja perempuan maut motosikal terperosok bawah treler

Iklan
Keadaan motosikal mangsa yang terperosok bawah treler dalam nahas di di Kilometer 7, Jalan Bukit Pasir–Tongkang Pechah, Batu Pahat pada petang Selasa.

BATU PAHAT – Seorang remaja perempuan maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 7, Jalan Bukit Pasir–Tongkang Pechah, di sini pada petang Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, kejadian dipercayai berlaku pada jam 4.30 petang.

Iklan
Iklan

"Kemalangan dipercayai berlaku ketika kedua-dua kenderaan datang dari arah Sri Medan menuju ke Tongkang Pechah.

“Siasatan awal mendapati, sebaik tiba di kawasan persimpangan jalan, lori yang membelok ke kanan telah menyebabkan motosikal mangsa merempuh bahagian sisi kenderaan berat itu.

Iklan

“Akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala serta beberapa organ dalaman, sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, pemandu lori berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau berbahaya," katanya.