Rusuhan Nepal: Helikopter tentera bantu menteri, keluarga larikan diri

Iklan
Tangkap layar video tular individu dipercayai menteri Nepal terpaksa melarikan diri menggunakan tali penyelamat dari helikopter tentera selepas protes ganas tercetus di ibu negara. Foto Agensi

KATHMANDU – Beberapa menteri Nepal bersama keluarga mereka dilaporkan terpaksa melarikan diri selepas protes ganas tercetus di ibu negara, susulan keputusan kerajaan mengharamkan 26 platform media sosial.

Dalam satu rakaman video yang tular menunjukkan beberapa menteri bersama keluarga mereka dilihat memegang tali penyelamat helikopter tentera untuk melarikan diri daripada protes ganas di ibu negara.

Iklan
Iklan

Langkah ini diambil susulan beberapa kejadian pembakaran dan vandalisme yang menyasarkan rumah menteri serta pegawai kanan kerajaan.

Sebelum itu, media tempatan melaporkan pada Rabu bahawa Tentera Nepal telah memulakan operasi menyelamatkan beberapa menteri dan VIP dari kediaman mereka di Bhaisepati menggunakan helikopter.

Iklan

Protes yang diketuai golongan muda 'Gen Z' tercetus selepas kerajaan mengharamkan 26 platform media sosial termasuk Facebook, YouTube dan X.

Tunjuk perasaan yang awalnya berlangsung aman bertukar ganas apabila polis dan tentera menggunakan peluru hidup, peluru getah, dan gas pemedih mata, mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 penunjuk perasaan maut.

Iklan

Lebih mengejutkan, ribuan banduan dari penjara di seluruh Nepal meloloskan diri selepas bangunan penjara dibakar.

Tentera berjaya mengawal sebahagian, namun huru-hara masih melanda ibu kota.

Protes turut menuntut peletakan jawatan besar-besaran ahli politik, pembubaran Parlimen, serta penangguhan pegawai yang memerintahkan tembakan ke arah penunjuk perasaan.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyeru semua pihak bertenang bagi mengelakkan keganasan berterusan, sementara Tentera Nepal menegaskan bahawa sebarang vandalisme, rompakan, atau serangan akan diambil tindakan undang-undang. -Agensi