15 maut pesawat Tentera Udara Bolivia terbabas di landasan

Iklan
Kira-kira 15 kenderaan berhampiran tapak kejadian mengalami kerosakan atau musnah. Foto Agensi

RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban apabila sebuah pesawat Tentera Udara Bolivia terbabas dari landasan dan melanggar beberapa kenderaan semasa mendarat, menurut media tempatan pada Jumaat yang memetik pihak bomba, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Puluhan mangsa lain cedera dan telah dibawa ke hospital.

Iklan
Iklan

Laporan awal menyatakan kira-kira 15 kenderaan berhampiran tapak kejadian mengalami kerosakan atau musnah.

"Antara kenderaan yang terjejas adalah bas mini, kereta persendirian dan juga sebuah lori treler yang dirempuh semasa pesawat itu terbabas.

Iklan

"Beberapa kenderaan hancur menjadi timbunan besi buruk dan terdapat mayat di bawah serpihan itu," kata pengarah bomba Bolivia Pavel Tovar, menurut portal berita La Razon.

Beliau tidak menolak kemungkinan angka kematian boleh meningkat. Punca kejadian masih belum diketahui.

Iklan

Pesawat itu dilaporkan membawa wang tunai. Orang ramai berkumpul di tempat kejadian dan cuba merampas wang kertas tersebut.

Pihak berkuasa menggunakan air dan bahan kimia untuk menyuraikan orang ramai dan mengembalikan kawalan. - Bernama-dpa