BANGKOK - Seorang penjaga zoo maut selepas diserang beberapa ekor singa di Safari World Bangkok, Thailand, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai keselamatan serta pemilikan haiwan liar di taman tersebut.
Menurut Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan, mangsa yang bertugas memberi makan singa dipercayai diterkam enam hingga tujuh ekor haiwan itu selepas keluar dari kenderaannya.
Iklan
Iklan
Seorang saksi, Tavatchai Kanchanarin berkata, beliau melihat lelaki berkenaan berdiri membelakangkan singa sebelum seekor daripadanya menerkam dari belakang tanpa sebarang jeritan daripada mangsa.
Pertubuhan perlindungan haiwan, Wildlife Friends Foundation Thailand, menyatakan insiden itu mengingatkan orang ramai bahawa haiwan liar tetap berbahaya walaupun dibesarkan manusia sejak kecil.
Seorang pegawai kanan zoo memaklumkan semua singa di Safari World memiliki lesen dan menegaskan kakitangan sentiasa diingatkan tentang prosedur keselamatan ketika bekerja dengan haiwan berbahaya.
Mangsa yang berkhidmat lebih 30 tahun digambarkan sebagai seorang yang baik hati.
Sementara itu, pertubuhan bukan kerajaan PETA pula menggesa agar singa berkenaan dipindahkan ke pusat perlindungan kerana haiwan itu hanya bertindak mengikut naluri semula jadi. – AFP