KUALA LUMPUR - Malaysia terus menjalin kerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa dalam usaha mengesan dan membawa pulang dalang utama dikaitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low untuk menghadapi pertuduhan di negara ini.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dalam kenyataan hari ini, memaklumkan usaha itu dilaksanakan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang komited bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa.