Lelaki Bangladesh dicekup bawa rokok seludup, wang tunai lebih RM7,000

Iklan
Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemukan sejumlah besar rokok dipercayai tidak bercukai yang disorok dalam kotak.

ISKANDAR PUTERI - Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman berjaya membongkar kegiatan penyeludupan apabila menahan seorang lelaki warga Bangladesh bersama pelbagai jenis rokok seludup dan wang tunai lebih RM7,000 dalam operasi di Lima Kedai di sini pada Ahad.

Komander PSP, Senior Asisten Komisioner Rosli Md Yusof berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan dalam sebuah kereta Toyota Camry kira-kira jam 12.10 tengah hari menerusi Op Taring Alpha 1.

Iklan
Iklan

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemukan sejumlah besar rokok dipercayai tidak bercukai yang disorok dalam kotak.

“Turut dirampas ialah wang tunai berjumlah RM7,364, dua unit telefon bimbit, serta kenderaan digunakan suspek. Jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk rokok seludup dianggarkan sebanyak RM94,357,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, suspek juga gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Antara barangan yang dirampas susulan penahanan seorang lelaki warga Bangladesh di Lima Kedai pada Ahad.

Katanya, kes diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 74 Akta Eksais 1976.

Iklan

Tambah beliau, kejayaan operasi itu adalah hasil pelaksanaan Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) yang mengutamakan operasi bersepadu bersama agensi berkaitan bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan.

"PSP Bukit Aman akan terus mempertingkatkan usaha risikan, operasi taktikal dan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

“Inisiatif ini selaras dengan hasrat PDRM untuk mengekang sebarang kegiatan penyeludupan yang bukan sahaja menjejaskan hasil negara, malah memberi kesan kepada keselamatan dan kesejahteraan masyarakat," ujarnya.