Kilang perabot musnah dalam kebakaran

Iklan
Kebakaran melibatkan sebuah kilang perabot pada Ahad.

PETALING JAYA – Sebuah kilang perabot musnah dalam kebakaran di Jalan 20/1, Sea Park di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.22 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara tiba di lokasi kira-kira enam minit kemudian.

"Operasi pemadaman melibatkan sebuah kilang perabot dengan anggaran keluasan kira-kira 100 x 50 kaki persegi.

Iklan

"Ketika anggota tiba, kebakaran sedang marak dan operasi pemadaman segera dijalankan bagi mengawal api daripada merebak ke premis berhampiran,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Anggota bomba sedang menjalankan usaha memadamkan kebakaran pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, operasi turut dibantu anggota dari BBP Petaling Jaya, BBP Jalan Penchala, BBP Puchong dan BBP Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Katanya, seramai 34 anggota terlibat dalam operasi tersebut dengan kekuatan aset melibatkan empat jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Water Tanker, sebuah Aerial Ladder Platform (ALP) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

"Sehingga kini, kerja-kerja pemadaman masih dijalankan dan pihak bomba sedang memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

"Setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan," katanya.

Menurutnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.