Pekerja kontrak maut tertimbus runtuhan tanah ketika gali, tanam paip

Iklan
Pasukan bomba melakukan kerja mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tanah di kawasan UMS, Kota Kinabalu pada Sabtu. Foto: JBPM Sabah

KOTA KINABALU - Seorang pekerja kontrak maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah ketika melakukan kerja-kerja menggali dan menanam paip di kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, lelaki berusia 22 tahun itu tertimbus sedalam kira-kira tiga meter sebelum berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.45 tengah hari.

Katanya, seramai 12 anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 14 kilometer dari BBP Kota Kinabalu.

Iklan

"Menurut laporan komander operasi, terdapat seorang mangsa tertimbus dalam runtutahn tanah sedalam kira-kira tiga meter sedang menjalankan kerja menggali dan menanam paip.

"Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggali tanah tersebut dan membawa mangsa naik menggunakan penggusung," katanya dalam kenyataan.

Iklan

Bagaimanapun Ordine berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasuka perubatan di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi turut ditamatkan pada jam 2.50 petang selepas memastikan keadaan lokasi selamat," katanya.