Anak Menteri Besar Kedah kemalangan

Iklan
Anak perempuan kepada Menteri Besar Kedah cedera selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Kampung Alor Setol. Foto hiasan

ALOR SETAR - Anak perempuan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor cedera selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Kampung Alor Setol dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, mangsa berusia 20 tahun yang juga pelajar Kolej Islam Darul Ulum Pokok Sena cedera pada bahagian muka dan tangan kiri, serta disyaki mengalami patah pergelangan tangan kanan.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang tadi apabila mangsa yang menunggang motosikal Yamaha X-Max 250 dari arah kolejnya di Pokok Sena menghala ke Alor Setar.

"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya sehingga menyebabkan ia terbabas ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan malam Khamis.

Iklan

Beliau berkata, sejurus kejadian, mangsa dibantu oleh orang awam dan pasukan perubatan sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - Bernama

Iklan