KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas pindah halangan terhadap peniaga yang berdegil meletakkan basikal, skuter, mainan kanak-kanak dan peralatan perniagaan lain di laluan awam sekitar Jalan Raja Laut dan Chow Kit pada Jumaat.
Dalam operasi bersepadu itu, sebanyak tujuh notis am dikeluarkan, manakala lima kes membabitkan tindakan sitaan dilaksanakan ke atas barangan yang menghalang pejalan kaki dan menyusahkan orang ramai.