Tanah runtuh di parkir Pangsapuri Seri Nilam

Iklan
Anggota bomba melakukan pemantauan di kawasan tanah runtuh berhampiran Pangsapuri Seri Nilam, Jalan Sigma U6/14, Subang Permata pada Isnin.

SHAH ALAM – Kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan parkir kenderaan berhampiran Pangsapuri Seri Nilam, Jalan Sigma U6/14, Subang Permata di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.17 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh lapan kilometer.

"Anggota bomba tiba di lokasi pada jam 4.35 petang mendapati terdapat kejadian tanah runtuh di bahagian parkir kereta dengan anggaran keluasan kawasan terjejas kira-kira 200 x 6 kaki persegi.

Iklan

"Anggota bomba kemudian melakukan pemantauan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada unsur bahaya," katanya dalam kenyataan pada Isnin

Keadaan tanah runtuh di kawasan parkir kenderaan berhampiran Pangsapuri Seri Nilam, Jalan Sigma U6/14, Subang Permata pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, sawar turut dipasang bagi menghalang kenderaan daripada memasuki kawasan runtuhan.

"Operasi dilaporkan terkawal pada jam 4.45 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 5 petang," katanya.