Filem Merdeka AI RYT Bank jadi bualan hangat sambut kemerdekaan

Iklan

KUALA LUMPUR - Setiap kali tibanya Ogos, rakyat Malaysia pasti menantikan deretan iklan dan filem pendek yang sarat dengan mesej patriotik.

Tahun ini, di sebalik pelbagai karya yang muncul, sebuah filem pendek benar-benar mencuri perhatian - ‘Filem AI Merdeka’ daripada RYT Bank.

Iklan
Iklan

Menariknya, karya ini bukan sekadar tontonan biasa. Ia mengisahkan semula perjalanan Malaysia iaitu bermula dari era perdagangan gemilang di Selat Melaka, perjuangan getir menuntut kemerdekaan sehinggalah ke zaman digital yang serba canggih.

Lebih menarik dan mengejutkan, keseluruhan filem ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Iklan

Walaupun terhasil daripada algoritma, mesejnya tidak pernah kabur; teknologi boleh menjadi jambatan untuk menzahirkan semangat Merdeka, bukannya menggantikannya.

Lahir bersama bank AI pertama dunia

Iklan

Pelancaran filem ini bukan kebetulan. Ia hadir seiring dengan penubuhan RYT Bank, bank AI pertama dunia yang lahir di Malaysia.

Dengan misi menjadikan urusan perbankan lebih mudah, pantas dan bermakna untuk rakyat, RYT Bank mahu tampil sebagai simbol inovasi tempatan di pentas global.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran RYT Bank, Irene Cheah, AI adalah inti kepada siapa mereka sebagai sebuah bank, tetapi filem ini sebenarnya tentang rakyat Malaysia.

“Ia meraikan keberanian dan kreativiti yang telah membentuk sejarah kita sejak dahulu dan semangat itu juga yang akan membawa kita ke masa depan,” katanya.

Dari rasa hairan bertukar rasa bangga

Sejak ditayangkan pada 26 Ogos lalu, ‘Filem Merdeka AI’ terus menjadi buah mulut di media sosial. Ramai penonton mengaku terkejut apabila mengetahui ia dihasilkan sepenuhnya oleh AI.

Namun rasa hairan itu cepat bertukar kepada bangga, kerana karya sebegini lahir dari tanah air sendiri untuk tatapan dunia.

Sambutan positif terhadap filem itu turut memberi kesan langsung kepada aplikasi mudah alih RYT Bank.

Dalam tempoh singkat, ia melonjak ke kedudukan pertama di Apple App Store dan dua teratas di Google Play, malah menerima penilaian tertinggi berbanding bank digital lain.

Warisan bertemu inovasi

Lebih daripada sekadar iklan, filem ini mengangkat mesej penting bahawa teknologi tidak perlu menenggelamkan warisan. Sebaliknya, ia boleh menjadi alat untuk memelihara dan menzahirkan kembali nilai sejarah yang membentuk bangsa.

‘Filem AI Merdeka’ seakan mengingatkan kita bahawa semangat yang membawa Malaysia dari zaman perdagangan, menuntut kemerdekaan hingga membina negara masih hidup dan segar.

Kali ini, semangat itu pula menjadi panduan untuk membawa Malaysia melangkah dengan yakin ke era digital.

Untuk anda menikmati sendiri gabungan teknologi dan warisan, klik pautan ‘Filem Merdeka AI’.