Inkues Zara Qairina - Apa perlu anda tahu

Iklan
Prosiding inkues bagi mengenal pasti punca kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir mula berlangsung pada Rabu dengan beberapa saksi dipanggil untuk memberi keterangan. (Gambar kecil: Liyana)

PROSIDING inkues bagi mengenal pasti punca kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir mula berlangsung pada Rabu dengan beberapa saksi dipanggil untuk memberi keterangan termasuk Pakar Patologi Forensik, Dr Jessie Hiu.

Bagaimanapun, prosiding hari pertama itu telah menimbulkan pelbagai interpretasi dan spekulasi dalam kalangan orang ramai.

Iklan
Iklan

Ikuti penjelasan peguam yang juga bekas Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Liyana Marzuki mengenai proses inkues yang dijalankan itu.

Inkues Zara Qairina bermula pada Rabu selama dua hari, sebelum bersambung lagi pada 8 hingga 30 September ini. Prosiding itu tidak terus-menerus dan ada yang dilangkaui. Namun, jumlah keseluruhannya adalah sebanyak 18 hari.

Iklan

Ia akan dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan sebagai Koroner, menggantikan Koroner, Azreena Aziz.

Kenapa bukan Hakim tetapi Koroner? Kenapa Inkues, bukan dakwa jenayah?

Iklan

Hari ini kita belajar sama-sama. Tujuan saya satu, supaya kita faham sistem keadilan. Kita perkukuhkan kedaulatan undang-undang dalam Rukun Negara.

Apa itu inkues?

Inkues merupakan suatu prosiding rasmi untuk cari punca kematian. Ia selalunya dibuat bila suatu kes itu diragukan cara siasatannya.

Contoh kes Wan Ahmad Faris. Sekolah kata bunuh diri, polis kata kematian mengejut. Tetapi ibu bapa Wan Ahmad Faris tidak puas hati. Mereka merayu kepada Timbalan Pendakwa Raya, untuk prosiding inkues di mahkamah. Timbalan Pendakwa Raya sokong dan bawa kes tersebut ke Mahkamah Koroner.

Selepas tiga tahun, Mahkamah putuskan keputusan terbuka (open verdict). Maknanya Mahkamah Koroner tolak dapatan polis dan putuskan Wan Ahmad Faris dibunuh oleh orang yang tidak dikenali.

Jadi polis kena buat kerja kembali. Ini sama yang berlaku dalam kes Zara. Polis putuskan kematian mengejut tiada unsur jenayah.

Namun Timbalan Pendakwa Raya minta bedah siasat lanjut. Digali kubur dan dibawa ke Mahkamah Koroner untuk dibicara. Yang dibicara bukan siapa pesalah, tetapi langkah pertama, apa yang terjadi pada Zara Qairina.

Siapa yang patut ada? 

1. Koroner: sebagai hakim siasatan.

2. Pendakwa Raya: mewakili kepentingan awam.

3. Keluarga Zara Qairina: hadir dengan peguam.

4. Saksi-saksi: doktor, pakar, mereka yang nampak kejadian.

5. Orang awam: kerana prosiding ini terbuka.

Pihak lain? 

Kalau mahu masuk, mesti mohon pada Koroner. Dan hanya jika ada kepentingan sah. Bukan semua orang boleh jadi pihak dalam inkues.

Kes Zara Qairina ini unik kerana tahap kes tersebut sudah dikategorikan sebagai berkepentingan awam.

Apabila peguam keluarga Zara Qairina minta bukan saja hadir, tetapi turut jadi pihak yang boleh tanya saksi, Mahkamah Koroner benarkan.

Bila peguam orang kena tuduh (OKT) pembuli mintak masuk sekali untuk dengar inkues. Mahkamah benarkan pada mulanya. Tetapi Peguam Keluarga Zara Qairina membantah. Buat rayuan bersama Majlis Peguam Sabah (SLC).

Akhirnya Mahkamah akur dan tolak kembali permohonan peguam OKT.

Walaupun Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah kehadiran SLC dalam prosiding. Mahkamah benarkan juga dan tolak bantahan AGC, kerana kes berkenaan sudah di tahap berkepentingan awam.

Makanya buat masa ini peguam OKT pembuli tidak boleh berada dalam inkues. Melainkan dirayu lagi sekali.

Ini membuktikan sistem keadilan bukan hendak berpihak pada mana-mana atau kita boleh suka-suka pilih siapa menang.

Bukan isu AGC vs peguam vs mahkamah.

Inilah bukti semak dan imbang. Dalam sistem kehakiman kita, tiada siapa berkuasa mutlak. Ada Mahkamah Koroner. Ada Mahkamah Tinggi. Ada Mahkamah Rayuan. Ada Mahkamah Persekutuan. Lapisan demi lapisan supaya keadilan tetap terpelihara.

Rakyat jangan hanya jadi pemerhati.

Mari celik undang-undang.

Percaya kepada proses. Biar lambat, biar berlapis, tetapi itulah tanda keadilan berjalan.

Kedaulatan undang-undang itu bukan bermaksud siapa patut menang. Tetapi proses keadilan berjalan tanpa gangguan agar kita mendapat kebenaran.

Untuk Zara Qairina.

Untuk semua mangsa buli yang sudah tidak mampu bersuara.

Agar keadilan tertegak untuk mereka.