Banduan PBSL hilangkan diri dipercayai masih dalam negara

Iklan
Banduan lelaki yang dilaporkan menghilangkan diri ketika menjalani Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) di Desa Coalfields, di sini pada Jumaat lalu, dipercayai masih berada dalam negara.

SUNGAI BULOH – Banduan lelaki yang dilaporkan menghilangkan diri ketika menjalani Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) di Desa Coalfields, di sini pada Jumaat lalu, dipercayai masih berada dalam negara.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya melancarkan Ops Kesan selepas menerima maklumat berhubung tindakan suspek yang dipercayai menghilangkan diri ketika masih dalam tempoh parol.

Iklan
Iklan

“Sekiranya ada pihak yang mengesan suspek, maklumat boleh disalurkan segera kepada pihak penjara atau polis.

“Polis juga sudah menubuhkan pasukan khas untuk mengesan suspek dan kita percaya dia masih berada dalam negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek sebenarnya berada di fasa akhir parol dan hanya tinggal sedikit masa sahaja sebelum dibebaskan sepenuhnya.

“Pihak polis difahamkan suspek berada di penghujung tempoh hukuman, secara tidak langsung tindakannya ini amat merugikan dirinya sendiri.

Iklan

“Kita minta supaya suspek segera menyerah diri dan diingatkan usaha mengesan suspek telah digerakkan meliputi setiap sudut,” ujarnya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang banduan lelaki dilaporkan hilang ketika mengikuti PBSL di Desa Coalfields pada Jumaat lalu.