Bapa, anak maut selepas makan kari cendawan beracun

Iklan
Wijitra maut selepas makan Kari cendawan hutan beracun. Foto Asia Pacific Press via ViralPress

CHIANG RAI – Hasrat sekeluarga menjamu selera dengan kari cendawan berakhir tragedi apabila bapa dan anak perempuannya meninggal dunia selepas termakan cendawan hutan beracun diberikan seorang rakan.

Mangsa, Boonpan, 78, dan anaknya, Wijitra, 40, dilaporkan jatuh sakit selepas menikmati hidangan itu di rumah mereka di Chiang Rai, utara Thailand pada 22 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Tidak lama selepas menghabiskan semangkuk kari tersebut, Boonpan tiba-tiba rebah, mengalami sawan dan berbuih di mulut.

Situasi itu mengejutkan ahli keluarganya yang berada di rumah ketika kejadian.

Iklan

Mengesyaki ia berpunca dari makanan itu, ahli keluarga segera ke bilik Wijitra yang berkunci sebelum menemui wanita itu tidak sedarkan diri.

Kedua-duanya segera dihantar ke hospital, namun doktor mengesahkan mereka meninggal dunia tidak lama kemudian.

Iklan

Kakak sulung mangsa, Thatsanee, 49, berkata, keluarganya hampir sahaja menjamah hidangan sama sebelum melihat Boonpan dan Wijitra jatuh sakit.

Kari cendawan hutan beracun menyebabkan kematian dua beranak di Chiang Rai, Thailand. FotoAsia Pacific Press via ViralPress

"Adik saya sebenarnya tidak gemar makan cendawan. Namun, seorang rakan memberinya sedikit dan dia meminta ibu memasaknya menjadi kari.

"Ada juga cendawan itu diberikan kepada saudara-mara, tetapi nasib baik mereka belum sempat memasaknya," katanya.

Tambahnya lagi, tragedi itu membuatkan dia serik dan tidak lagi berani menjamah sebarang jenis cendawan.

"Sukar untuk membezakan yang mana boleh dimakan dan yang mana beracun," menurutnya.

Sementara itu, Kapten Polis Boonchuay Kanthawong dari Balai Polis Mae Chan memaklumkan pemeriksaan awal mendapati tiada kesan serangan pada tubuh mangsa.

Katanya, sampel cendawan telah dihantar ke Hospital Chiang Rai Prachanukroh untuk analisis lanjut.

Dalam pada itu, pihak berkuasa kesihatan Thailand turut mengeluarkan amaran kepada orang ramai agar berhati-hati kerana musim hujan ketika ini menyebabkan peningkatan mendadak cendawan hutan beracun yang boleh mengancam nyawa.