Kedutaan Malaysia di Tokyo nasihat pengembara berwaspada susulan cuaca buruk

Iklan

KUALA LUMPUR - Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo menasihatkan pengembara supaya berhati-hati ketika melakukan perjalanan ke wilayah yang disenaraikan di bawah amaran dan nasihat cuaca oleh Agensi Meteorologi Jepun berikutan ribut salji, salji lebat dan pembentukan lapisan ais atau enap timubus ais.

Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi miliknya pada Jumaat memaklumkan wilayah terjejas termasuk Hokkaido, Tohoku, Kanto, Koshin, Tokai, Hokuriku, Kinki, Chugoku (tidak termasuk Yamaguchi), Shikoku, utara Kyushu (termasuk Yamaguchi), selatan Kyushu dan Amami.

Iklan
Iklan

"Pengembara dinasihatkan supaya berwaspada apabila melakukan perjalanan di wilayah yang terjejas,” menurut kenyataan itu.

Menurut kedutaan, sekiranya berlaku kecemasan, pengembara warga Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo di talian +81-3-3476-3840 (waktu pejabat) atau +81-80-4322-3366, atau e-mel ke consular@tyo@kln.gov.my atau mwtokyo@kln.gov.my. - Bernama

Iklan
Iklan