Kes rogol anak tiri: Pemeriksaan doktor mendapati ada kesan koyakan lama - Polis

Iklan
Polis turut membuka siasatan membabitkan unsur pengabaian terhadap kes remaja perempuan yang disyaki dirogol bapa tiri di Gurun. Gambar hiasan

SUNGAI PETANI - Polis turut membuka siasatan membabitkan unsur pengabaian terhadap kes remaja perempuan yang disyaki dirogol bapa tiri di Gurun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 32 tahun kini direman bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

Hanyan (tiga kanan) hadir memantau Larian Merdeka pada Sabtu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan doktor ke atas mangsa berusia 13 tahun itu mendapati terhadap kesan koyakan lama disyaki dirogol.

Iklan

"Kita sedang mengesan sekiranya kejadian berlaku antara enam atau tujuh bulan kebelakangan ini atau mungkin awal lagi...disyaki dilakukan dalam keadaan sembunyi.

"Mangsa dipercayai bimbang untuk beritahu keluarga lain, dikhuatiri tidak dipercayai.

Iklan

"Tindakan mangsa beritahu pihak sekolah dan pihak sekolah bertindak proaktif buat laporan polis...ini sesuatu yang baik

"Guru yang menerima aduan dari pelajar ini wajar membantu mangsa, sama ada berlaku kejadian atau tidak, polis akan siasat," katanya.

Beliau ditemui ketika hadir ke Larian Ambang Merdeka 2025 di sebuah pasar raya di sini pada Sabtu.

Jelasnya, polis juga sedang menjalankan siasatan sama ada adik-beradik lain turut menjadi sasaran suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja disyaki dirogol bapa tiri setelah mangsa memaklumkan pihak sekolah mengenai kejadian itu.

Dalam perkembangan lain, seramai 930 peserta larian hadir mengambil bahagian sempena Kemerdekaan Negara pada Sabtu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari.