Armada desak kerajaan umum pelan tindakan gempa bumi di Johor
Iklan
Armada Johor gesa kerajaan negeri dan Persekutuan tampil dengan pelan tindakan menyeluruh susulan siri gempa bumi lemah yang melanda Segamat. Gambar kecil: Alias
JOHOR BAHRU – Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada) Johor mendesak kerajaan negeri dan Persekutuan agar segera mengumumkan satu pelan tindakan menyeluruh dalam menghadapi risiko bencana alam susulan beberapa kejadian gempa bumi lemah yang berlaku di negeri ini sejak kebelakangan ini.
Ketuanya, Alias Rasman berkata, walaupun gegaran yang berlaku berskala kecil, hakikat bahawa ia dirasai rakyat Johor menunjukkan keperluan untuk tindakan segera dan menyeluruh.
Iklan
Iklan
“Rakyat berhak berasa selamat di bumi sendiri. Kejadian sebegini menimbulkan kebimbangan, apatah lagi ia berulang dalam masa yang singkat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, Armada Johor menggesa kerajaan mengambil langkah proaktif termasuk melibatkan pakar geologi dan seismologi bagi memahami punca serta kaedah mitigasi, selain memperkukuh sistem amaran awal dan kempen kesedaran awam.
Iklan
Katanya, kesejahteraan rakyat bergantung kepada keseimbangan dengan alam sekitar dan isyarat kecil daripada bumi tidak boleh dipandang ringan.
Segamat sekali lagi dilanda gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 pada jam 4.24 pagi Jumaat.
Iklan
Gegaran itu merupakan yang terbaharu selepas kejadian pada jam 7.56 malam Khamis dengan magnitud 2.5.
Rabu lalu, gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud berlaku pada jam 8.59 pagi di daerah ini dengan gegaran dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di negeri ini serta selatan Pahang.
Sebelum itu, pada 24 Ogos lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di daerah ini pada jam 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1.
Ini disusuli oleh gegaran kedua pada jam 9 pagi di Yong Peng, 28 kilometer (km) di barat laut Kluang, dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 km.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.