Fenomena 'ghost mall': Bagaimana pusat beli-belah Malaysia boleh diselamatkan?

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu berhubung fenomena 'ghost mall' di Malaysia.

FENOMENA pusat membeli-belah terbiar atau ghost mall semakin ketara apabila kadar penghunian sesetengah kompleks jatuh bawah 70 peratus, sekali gus memberi kesan kepada ekonomi setempat.

Dahulu pusat beli-belah menjadi tumpuan komuniti, namun perubahan gaya hidup dan lonjakan e-dagang menyebabkan sebahagiannya hilang daya tarikan.

Iklan
Iklan

Menurut Profesor Madya Ekonomi dan Kewangan Harta Tanah, Dr Muhammad Najib Razali, lebihan pembinaan, persaingan sengit, lokasi tidak strategik dan kelemahan pengurusan antara punca utama fenomena ini.

Pusat Komuniti Perdagangan paling terkesan kerana hanya menawarkan pasar raya, farmasi dan kedai asas yang sukar menyaingi pusat beli-belah moden.

Iklan

Fenomena sama turut berlaku di luar negara, antaranya di Amerika Syarikat, hampir 25 peratus pusat membeli-belah dijangka ditutup menjelang 2025, manakala China berdepan masalah ghost mall.

Bagaimanapun, Malaysia masih berpeluang mengelakkan senario lebih buruk melalui strategi repurposing atau menukar fungsi ruang kosong kepada tujuan lain.

Iklan

Sebahagian kompleks boleh dijadikan pusat komuniti, kemudahan kesihatan, institusi pendidikan atau hab belia bagi mengelakkan pembaziran ruang.

Langkah berkenaan sudah dipraktikkan di Eropah, membuktikan pusat beli-belah boleh dihidupkan semula dengan fungsi yang lebih relevan kepada masyarakat.

Fenomena ghost mall turut membuka mata mengenai pentingnya perancangan bandar yang lebih teliti agar pembangunan seimbang dengan keperluan semasa.

Kesan sosial juga perlu diberi perhatian kerana pusat terbiar boleh menjejaskan imej kawasan, peluang pekerjaan dan keselamatan komuniti.

Sektor peruncitan pula perlu lebih fleksibel dengan menggabungkan hiburan, teknologi dan fungsi komuniti supaya kekal relevan.

Masa depan pusat beli-belah kini bergantung pada keupayaan menyesuaikan diri, bukan hanya sebagai ruang membeli-belah, tetapi juga sebagai sebahagian daripada kehidupan masyarakat.