GOMBAK - Polis telah merakam keterangan seorang pemilik premis bagi membantu siasatan berkaitan kes Jalur Gemilang yang dipasang dalam keadaan terbalik di sebuah bangunan di Batu Caves 1, di sini pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan insiden itu pada jam 11.29 pagi.