Guru mengaku tidak bersalah amang seksual pelajar Tingkatan 5

Iklan
Guru mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki Tingkatan Lima, tahun lalu.

IPOH - Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima tahun lalu.

Tertuduh, Airil Iswan Mat Shamsuri, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara memeluk, mencium mulut dan kedua-dua pipi serta memegang kemaluan mangsa yang ketika kejadian berusia 17 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Gerbang Meru Indah sekitar jam 10.30 malam pada 13 September 2024 dan awal pagi sebelum Subuh pada 14 September 2024.

Iklan

Tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan sama dengan menyentuh mangsa bagi maksud seksual ketika berada di bilik warden sebuah sekolah menengah di Ipoh pada awal pagi sebelum Subuh, 27 September 2024.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dihukum sebatan, jika sabit kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Amalina Harun, tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh. Namun, sekiranya dibenarkan mahkamah, jumlah jaminan yang dicadangkan ialah sebanyak RM40,000, selain syarat tambahan iaitu tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Tertuduh, yang diwakili peguam Baldip Singh, memohon jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya atas alasan tertuduh merupakan penanggung tunggal keluarga dan mempunyai dua anak berusia lapan dan 10 tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 berserta syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan selain tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 24 Oktober depan.