[VIDEO] RUU PSB: Pembangkang akan minta undian belah bahagian

Iklan

KUALA LUMPUR - Pembangkang akan meminta undian belah bahagian sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) atau Urban Renewal Act (URA) yang dijadual dibentang bagi bacaan kali kedua perlu diluluskan Dewan Rakyat pada Rabu.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tahap sokongan ahli-ahli Parlimen terhadap RUU tersebut akan dapat dilihat melalui undian berkenaan khususnya daripada blok kerajaan.

Iklan
Iklan

"Kalau RUU dibaca kali kedua esok, dibahaskan dan digulung menteri untuk (kelulusan), (ketika) undi, kami akan minta belah bahagian, kita mahu tahu mana Ahli Parlimen sokong, mana Ahli Parlimen yang menolak.

"Biar rakyat tahu perkara ini. Kita akan bagi notis awal minta (undi) belah bahagian," katanya pada sidang media di Parlimen pada Selasa.

Iklan

Belah bahagian adalah kaedah undian yang memberi ruang ahli Parlimen menyatakan pendiriannya, sama ada untuk bersetuju, menentang atau berkecuali terhadap sesuatu usul atau pindaan undang-undang yang memerlukan untuk diluluskan di dewan.

Sebelum itu ketika himpunan bantahan RUU PSB di pintu utama bangunan Parlimen, Takiyuddin berkata, pihaknya bersedia digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan kerana menentang tersebut.

Iklan

"Semua 68 Ahli Parlimen PN sedia berdepan hukuman digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan kerana kita serius dalam menentang RUU itu.

"Kita akan terus menuntut supaya RUU PSB ditarik balik dan tidak akan dibahaskan esok dan tidak diluluskan esok. Jika tidak, kita tahu apa akan berlaku, kami tidak kisah digantung (menghadiri sidang Dewan Rakyat)," katanya.