Ibu harap bedah siasat kedua bongkar punca kematian Syamsul Haris
Iklan
Ummu Haiman Bee (dua dari kiri) hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa bersama ahli keluarganya. Foto Sinar Harian.
SHAH ALAM – Ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai berharap punca sebenar kematian anaknya dapat diketahui tidak lama lagi.
Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata, penggalian semula kubur anak sulungnya itu adalah langkah penting untuk mencapai keadilan serta menjawab persoalan kematian yang masih belum terjawab.
Iklan
Iklan
Beliau yang juga guru Geografi turut mengharapkan laporan bedah siasat yang lebih telus dan tepat.
“Saya mahu satu siasatan yang telus dijalankan tanpa memihak atau melindungi mana-mana pihak,” katanya pada sidang media di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Iklan
Pada Selasa, Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet memerintahkan penggalian semula kubur Syamsul Haris, 22, bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan dalam tempoh 14 hari selepas penggalian bermula.
Perintah itu dibuat selepas membenarkan permohonan Ummu Haiman Bee.
Iklan
Semasa membacakan keputusan, hakim berkata, Ketua Polis Negara (KPN) selaku responden pertama akan menyelia proses penggalian semula jasad anak sulung kepada guru itu yang disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu di sini.
Ummu Haiman menyatakan kesyukuran dan berterima kasih kepada mahkamah kerana memihak kepada permohonannya.
Pada 28 Julai lalu, anak sulung daripada tiga beradik itu meninggal dunia ketika menjalani latihan di Pusat Latihan Darat (Pulada), Ulu Tiram.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata, siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui jawatankuasa siasatan mendapati semua saksi termasuk pegawai dan jurulatih mengesahkan tiada kelakuan atau tindakan berbentuk penderaan sepanjang tempoh latihan.
Beliau berkata, latihan yang diadakan dari 27 Julai hingga 2 Ogos itu dilaksanakan mengikut garis panduan serta prosedur yang ditetapkan.
Pada 1 Ogos lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan akan menjalankan siasatan terperinci berhubung punca kematian pelatih Palapes itu.
Susulan itu, Ummu Haiman Bee memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan KPN, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar sebagai responden pertama dan kedua.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>