SEGAMAT – Polis mengesahkan menerima tiga laporan kerosakan harta benda susulan kejadian gempa bumi lemah berukuran 4.1 skala Richter yang berlaku di Segamat pada jam 6.13 pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, namun pemantauan rapi diteruskan di kawasan berisiko.