'Izzul trauma, kerap menangis dan mengingau' - Ibu mangsa buli
Iklan
Suhana (kanan) menceritakan keadaan anaknya, Izzul Islam (tengah) selepas menjadi mangsa buli di sekolah.
JOHOR BAHRU – Murid Tahun Empat yang menjadi mangsa buli dalam dua insiden berasingan di sebuah sekolah agama dan sekolah kebangsaan di Skudai kini trauma apabila kerap menangis dalam tidur serta mengigau.
Ibu mangsa, Siti Suhana Misdi, 40, berkata, anaknya, Izzul Islam Azuan Isaidi, 10, yang mengalami gegaran otak akibat kejadian itu hingga terpaksa dirawat di hospital masih tidak ke sekolah sejak 8 Ogos lalu.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, ibu kepada enam cahaya mata itu berkata, Izzul Islam tetap teruja untuk kembali bersekolah walaupun insiden berkenaan tular dan sudah diketahui ramai termasuk rakan-rakan sekolahnya.
“Sejak kejadian ini tular, dia masih belum bersekolah kerana berada di hospital sejak 12 Ogos sehingga kelmarin, tetapi Izzul beritahu dia tak sabar untuk kembali ke sekolah.
Iklan
“Ini kerana dia mempunyai dua rakan karib dan mereka bertiga sentiasa bersama-sama. Semasa kejadian buli itu berlaku, dua rakannya itulah yang membantu dia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Taman Universiti di sini pada Jumaat.
Suhana (kanan) menerima sumbangan yang disampaikan Mas Imran di rumah mereka di Taman Universiti, Skudai.
Iklan
Suri rumah itu berkata, walaupun anak keempatnya enggan mengakui perasaan sebenarnya, namun beliau percaya anaknya mengalami trauma.
“Izzul memang tidak mahu beritahu kepada saya sama ada dia trauma atau tidak sihat kerana dia mahu ke sekolah. Tetapi saya tahu keadaan dia. Selain kerap menangis dalam mimpi, dia juga mudah terasa dan lebih sensitif berbanding dahulu.
“Dia juga lebih banyak menyendiri berbanding bermain bersama adik-beradiknya. Jadi saya akan lihat kesesuaian untuk dia kembali bersekolah, dijangka pada bulan depan,” ujarnya.
Siti Suhana menegaskan keluarganya tetap berhasrat mengambil tindakan terhadap mereka yang membuli anaknya di sekolah.
“Walaupun keluarga pelaku serta pihak sekolah telah datang melawat, namun saya tetap dengan keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku.
“Ini kerana insiden buli itu telah meninggalkan kesan mendalam terhadap Izzul dan kami sekeluarga. Tindakan perlu diambil walaupun pelaku merupakan kanak-kanak bawah 12 tahun,” tegasnya.
Pada masa sama, beliau memaklumkan Izzul kini masih dalam pemantauan hospital selain perlu mendapatkan rawatan susulan seminggu sekali.
“Selain rawatan akibat gegaran otak, Izzul turut menghidap masalah hidung serta saluran pernafasan kronik dan telah menjalani sehingga lapan pembedahan sejak tahun 2022,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Pasar Raya Econsave Cash and Carry, Mas Imran Adam yang melawat Izzul Islam, menyampaikan sumbangan barangan keperluan bernilai RM1,000 kepada keluarganya.
Mas Imran berkata, pihaknya berharap sumbangan itu dapat meringankan beban keluarga berkenaan dan mendoakan agar Izzul Islam segera sembuh.
Sebelum ini, Izzul Islam didakwa menjadi mangsa buli dalam dua kejadian berasingan pada Februari lalu dan awal bulan ini di dua sekolah di daerah berkenaan.
Kanak-kanak itu dilaporkan mengalami gegaran otak akibat kejadian tersebut dan dibenarkan pulang selepas lapan hari menerima rawatan di sebuah hospital swasta pada Rabu.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.