Sanusi kesal pemimpin kerajaan negeri masih dihalang masuk sekolah

Iklan
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meluahkan rasa kecewa apabila pemimpin kerajaan negeri selaku pembangkang masih berdepan pelbagai halangan untuk memasuki kawasan sekolah.

Beliau berkata, sekatan yang dikenakan kerajaan Persekutuan itu menyukarkan negeri melaksanakan inisiatif pendidikan termasuk program tuisyen yang dibiayai kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku dan isu sama telah dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu.

“Kita nak buat tuisyen pun tak boleh. Guru dan pelajar disekat, cikgu tak boleh mai, tak boleh ambil gambar. Apa benda kerajaan macam ini? Komunis pun tak macam itu,” katanya ketika sidang akhbar selepas persidangan DUN Kedah ditangguhkan di sini pada Khamis.

Iklan

Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah turut menyindir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dengan mengajuk kata-kata beliau sambil menyifatkan isu berkenaan sebagai melucukan.

“Dia (Fadhlina) cakap ‘Jangan kacau sekolah kami’, cakap macam itu sambil jengei mata,” katanya dengan nada berseloroh.

Iklan

Menurutnya, keadaan sudah sampai ke tahap serius apabila rakyat terpaksa membuat poster mengejek pemimpin kerana rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan.

“ini sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Mana pernah ada menteri kena kecam macam ini. Sampai orang buat poster sebab rakyat sudah tak tahan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, fenomena rakyat mengejek sehingga menteri diajuk menggambarkan penolakan secara semula jadi terhadap dasar kerajaan.

“Masyarakat kena sedar benda ini, ia berlaku bukan dirancang sesiapa, tetapi secara alami kerana orang tak boleh terima sikap kerajaan yang macam itu,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kerjasama antara parti pembangkang perlu diperkukuhkan bagi menghadapi kerajaan Pusat yang didakwa menekan pelbagai inisiatif pendidikan di peringkat negeri.

Sebelum ini, tular video Fadhlina ketika berbahas di Parlimen dengan ungkapan ‘jangan kacau sekolah kami’ kembali tular di media sosial kebelakangan ini.

 

 

Muhammad Sanusi