Tular Jalur Gemilang dipasang terbalik di klinik gigi
Iklan
Tangkap layar tular menunjukkan Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah klinik gigi di Pontian.
PONTIAN – Tular di media sosial sebuah video berdurasi 33 saat memaparkan insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah klinik pergigian swasta di daerah ini.
Rakaman berkenaan menunjukkan bangunan kedai tiga tingkat yang menempatkan klinik tersebut dengan bendera Malaysia digantung secara terbalik di tingkat dua.
Iklan
Iklan
Bendera terbalik itu dilihat bersebelahan dengan bendera Johor yang dipasang dengan betul.
Dalam video tersebut turut kelihatan beberapa anggota polis dan orang awam berada di lokasi kejadian.
Iklan
Rakaman itu juga memperlihatkan klinik pergigian berkenaan tidak beroperasi dengan pintu besar ditutup.
Insiden tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang menzahirkan rasa kecewa dan menganggap perbuatan itu tidak menghormati simbol kedaulatan negara.
Iklan
Sementara itu, difahamkan Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Abd Hamid Abd Rahaman, akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden ini.
Sebelum itu pada Isnin, polis membuka kertas siasatan susulan bendera Johor dipasang terbalik di atas sebuah bangunan hotel di Jalan Syed Abdul Kadir, Segamat, yang tular di media sosial sejak Sabtu lalu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>