GAZA - Bekas pemain pasukan bola keranjang kebangsaan Palestin dan antara bintang bola keranjang paling menonjol di Gaza, Mohammed Shaalan, 40, ditembak mati pada Selasa oleh tentera Israel di Khan Yunis, selatan Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Menurut sumber tempatan, Shaalan disasarkan ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan untuk memberi makan kepada anak-anaknya.