'Jangan jadi macam kes Zara Qairina' - Peguam ibu Syamsul Haris

Iklan
Peguam, Naran Singh (kanan) yang mewakili Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata, pihaknya tidak mahu perkara sama berlaku seperti kes pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

SHAH ALAM – Peguam yang mewakili ibu Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin berharap kes pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai diselesaikan dengan damai.

Ketika sidang akhbar di luar Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, peguam, Naran Singh yang mewakili Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata, pihaknya tidak mahu perkara sama berlaku seperti kes pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Iklan
Iklan

Menurutnya, permohonan pihak Ketua Polis Negara (KPN) dan Peguam Negara (AG) supaya afidavit difailkan dalam masa dua minggu, agak terlalu lama.

“Kita bimbang jika keputusan bedah siasat akan menjadi tidak tepat, sebab itulah kami mohon mahkamah menetapkan Isnin depan untuk prosiding pendengaran hujahan notis usul tersebut,” katanya.

Iklan

Selain itu, beliau juga berharap, gambar bedah siasat Syamsul Haris yang dibuat bulan lepas dapat diserahkan kepada anak guam selaku pemohon.

Katanya, perkara itu akan membolehkan pihaknya membuat perbandingan dengan gambar yang diambil oleh Ummu Haiman Bee sebelum operasi bedah siasat pertama dijalankan.

Iklan

Bagaimanapun katanya, perkara itu dibantah oleh responden-responden dengan alasan ia masih diperingkat siasatan.

“Jadi kami harap, mahkamah akan membenarkan semua permohonan kami itu Isnin depan,” katanya.

Pada 14 Ogos lalu, Ummu Haiman Bee memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi di sini terhadap KPN, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan AG, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar supaya kubur Allahyarham digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.

Beliau memohon, bedah siasat juga dijalankan dengan kehadiran Pakar Forensik Datuk Seri Dr Bhupinder Singh dan dihadiri Naran atau wakil daripada firma guaman Tetuan Naran Singh & Co.

Ia termasuk perintah bagi mengarahkan pakar forensik yang menjalankan bedah siasat mengeluarkan laporan dalam tempoh satu bulan dari tarikh ia dijalankan dan satu salinan diberikan kepada peguamnya.

Pada Selasa, Peguam Kanan Persekutuan, Nurul Huda Mohd Salehuddin hadir bagi pihak KPN sementara Pengarah Pendakwa Selangor Datin Kalmizah Salleh mewakili AG masing-masing selaku responden pertama dan kedua.

Semasa prosiding, kedua-dua responden memohon mahkamah memberikan masa dua minggu untuk memfailkan afidavit balasan terhadap notis usul oleh Ummu Haiman Bee.

Dalam pada itu, Ummu Haiman Bee berharap, siasatan terhadap kes anaknya akan dijalankan secara telus.

Beliau berkata, ia termasuk permohonan penggalian semula kubur bagi membolehkan bedah siasat kedua dapat dijalankan secepat mungkin.

“Itu sahaja, saya nak satu keputusan dan siasatan yang telus, selebihnya saya serahkan kepada peguam,” katanya.

Ummu Haiman yang memakai baju berwarna merah, kelihatan tenang dengan ditemani ahli keluarga.