Lelaki maut motosikal terbabas ke dalam longkang
Iklan
Motosikal serta mangsa yang terjatuh ke dalam longkang dipercayai akibat terbabas dalam kejadian petang Sabtu.
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan hingga terbabas ke dalam longkang di Plaza Tol Perling, pada petang Sabtu.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Azrol Anuar Nor, pihaknya menerima makluman mengenai kemalangan tersebut pada jam 5.10 petang melibatkan motosikal jenis Yamaha Y16ZR.
Iklan
Iklan
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang lelaki berusia 54 tahun itu hilang kawalan sebaik tiba di lokasi.
“Akibatnya, mangsa telah terbabas hingga terjatuh ke dalam longkang di sebelah kanan jalan berhampiran plaza tol berkenaan.
Iklan
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian dalaman badan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan 1, Azmi Johor dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada jam 5.20 petang.
Iklan
Ujarnya, sebaik menerima panggilan tersebut, satu jentera Fire Rescue Tender, satu unit jentera perkhidmatan, penyelamatan, perawatan kecemasan (EMRS) dan dua jentera Unit Bermotor Bomba (RIM) bersama 15 anggota telah dihantar ke lokasi sejauh 10 kilometer (KM).
“Sebaik tiba ke lokasi pada jam 5.47 petang didapati kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal yang terbabas ke dalam longkang sedalam tiga meter.
“Anggota bomba kemudiannya membantu mengeluarkan mangsa menggunakan tali, namun mangsa mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pihak perubatan di lokasi.
“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.18 petang,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.