BEIJING - Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter melanda 15 kilometer (km) di utara Poso, Indonesia pada 22:38:52 GMT Sabtu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Xinhua.
Pusat gempa pada kedalaman 10 km itu ditentukan pada 1.26 darjah selatan dan 120.74 darjah timur. - Bernama