Pengukuhan sektor runcit, makanan dan minuman pacu ekonomi positif

Iklan
Armizan

SHAH ALAM - Sektor perdagangan pengedaran termasuk sub-sektor perkhidmatan borong dan runcit, makanan dan minuman mencatatkan pengukuhan di suku kedua tahun ini pada 5.1 peratus berbanding suku pertama pada lima peratus.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pengukuhan di dalam sektor tersebut dijangka akan berterusan sekali gus memacu iklim ekonomi yang kekal positif.

Iklan
Iklan

“Komitmen tinggi kerajaan terhadap agenda melonjakkan pembangunan sektor itu digariskan secara jelas dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) melalui fokus khusus kepada pemain utama dalam sektor ini iaitu Penskalaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

“Sasarannya adalah untuk melonjakkan potensi dan daya saing PMKS ke arah penciptaan nilai lebih tinggi bagi meningkatkan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Ujar Armizan, KPDN menggesa supaya semua pemain industri tempatan termasuk usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk tampil dengan strategi dan pendekatan terbaik bagi mempromosi kekuatan serta keunikan produk masing-masing,

“Ini termasuk melalui promosi digital untuk menarik minat pengguna tempatan untuk membeli produk lokal dan sekali gus meluaskan capaian kepada golongan sasar pelancong asing.

Iklan

“Peranan industri tempatan amat penting dalam menonjolkan keunikan, kekuatan jenama dan produk untuk menarik pelancong asing ke dalam negara khususnya bersempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026,” ujarnya.

Menurutnya, sebagai kementerian yang bertanggungjawab bagi sektor tersebut, KPDN sentiasa memberi tumpuan untuk meningkatkan perdagangan dalam negeri.

“Sektor perdagangan dan pengedaran kekal sebagai antara penyumbang utama kepada perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan laporan berhubung perkembangan ekonomi dan kewangan Malaysia bagi suku kedua tahun ini yang merekodkan perkembangan ekonomi sebanyak 4.4 peratus.

“Situasi tersebut didorong oleh permintaan domestik yang kukuh selari dengan perbelanjaan isi rumah mampan atas faktor-faktor seperti pasaran pekerja yang positif,” menurutnya.