PISSF 2025 platform kongsi idea, kenalan antara negara

Iklan
Chihiro mengakui teruja dan tidak menyangkakan festival itu sambutan luar biasa ketika ditemui selepas majlis perasmian PISSF 2024 di SUKPA 2025 di sini pada Sabtu. Foto Sinar Harian

KUANTAN – Penyertaan ahli pengakap dari luar negara dalam Pahang International Scout Scarf Festival (PISSF) 2025 di Pahang bukan sekadar menghimpunkan ribuan ahli, malah bertukar idea dan kenalan antara negara.

Guru pengiring dari Batam, Indonesia, Nurlaila Supian berkata, seramai 25 peserta termasuk 21 pelajar kali kedua menyertainya selepas pengalaman pertama yang disifatkan cukup bermakna tahun lalu.

Iklan
Iklan

“Pelajar sangat teruja kerana kali ini lebih ramai peserta antarabangsa dan saya lihat ada dari India, Jepun, Singapura serta Vietnam.

"Peluang ini membolehkan kami berkongsi idea dan menambah kawan baharu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan PISSF 2025 di SUKPA di sini pada Sabtu.

Iklan

Majlis Perasmian PISSF 2025 disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan ia dihadiri 22,825 peserta daripada 13 negara antaranya Malaysia, Indonesia, Brunei, Pakistan, Vietnam, Filipina, Thailand, India, Singapura, Arab Saudi dan Jepun.

Nurlaila memberitahu penyertaan itu bukan sahaja memberi pendedahan tentang aktiviti kepengakapan, malah mendidik pelajar menghargai kepelbagaian budaya.

Iklan

Nurlaila (tiga kanan) bergambat dengan ahli pengakap dari Malaysia pada PISSF 2025 di SUKPA di sini pada Sabtu. Foto Sinar Harian

“Selain bersahabat, anak-anak juga dapat mengenali budaya negara lain dan Insya-ALLAH kami juga akan membuat persembahan budaya dari Indonesia,” jelasnya.

Sementara itu, peserta dari Jepun, Chihiro Kajihara, 20, mengakui teruja dan tidak menyangkakan festival itu sambutan luar biasa.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan lebih 22,000 peserta hadir keran saya fikir ia hanya program kecil, tetapi suasana di sini sangat meriah dan saya gembira berada di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, pengalaman itu lebih istimewa kerana selain pertama kali menyertai PISSF, ia juga merupakan kali pertama beliau menjejakkan kaki ke Malaysia.

“Orang Malaysia sangat mesra dan penuh rasa hormat serta saya kagum melihat betapa bersemangatnya mereka dengan aktiviti pengakap. 

"Di Jepun, pengakap tidak begitu popular seperti di sini,” ujarnya gembira dapat mengenali budaya Malaysia dengan lebih dekat.