100 'Cancer Warrior Queens' meriahkan Dreams Stage Show

Iklan
Info grafik yang dikongsi pihak penganjur di laman media sosial.

KUALA LUMPUR - Seramai 100 pejuang kanser dari seluruh negara bakal tampil penuh bergaya di pentas Dreams Stage Show by Cancer Warrior Queens, sebuah acara peragaan fesyen unik yang meraikan semangat juang, keberanian dan kehidupan selepas kanser.

Acara julung kali dianjurkan itu akan berlangsung pada Ahad, 17 Ogos 2025, bermula jam 2 petang hingga 6 petang di Confetti KL @ Mines 2, dengan ketibaan tetamu bermula jam 1 tengah hari.

Iklan
Iklan

Program berkenaan menampilkan barisan ‘Cancer Warrior Queens’ berusia antara 38 hingga 85 tahun, termasuk mereka yang masih menjalani rawatan, bagi mempersembahkan satu persembahan penuh inspirasi di pentas peragaan.

Menurut penganjur, acara itu bukan sekadar pertunjukan fesyen, sebaliknya sebuah gerakan komuniti yang sarat dengan mesej keberanian, kasih sayang serta solidariti dalam kalangan pesakit dan bekas pesakit kanser.

Iklan

Bagi menghargai kehadiran wakil media, pihak penganjur turut menyediakan dua tempat duduk khas di Zon Media, sehelai kemeja-T edisi terhad untuk setiap wakil serta hidangan bufet makan malam selepas pertunjukan.

Timbalan Pengerusi Penganjur, Hana Yap dalam satu kenyataan berkata, kehadiran wakil media amat penting bagi memperkasakan suara harapan serta menyebarkan mesej penyembuhan kepada masyarakat.

Iklan

“Apabila pejuang kanser bersinar, kita semua turut bangkit bersama mereka,” katanya.