SHAH ALAM - Empat individu termasuk seorang warga emas berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Taman Sentosa, Klang, pagi tadi, sebelum berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kebakaran di tingkat satu bangunan tiga tingkat itu menyebabkan mangsa, berusia 17 hingga 81 tahun, terperangkap akibat asap tebal yang menutupi laluan tangga.