Penganggur ditahan curi 70kg pisang

Iklan
Seorang penganggur diberkas polis selepas disyaki mencuri 70 kilogram pisang di sebuah kebun di Kampung Sungai Besoi, Layang-Layang pada malam Khamis. Foto IPD Kluang

KLUANG - Seorang penganggur diberkas polis selepas disyaki mencuri 70 kilogram pisang di sebuah kebun di Kampung Sungai Besoi, Layang-Layang pada malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai pencerobohan kebun pisang berkenaan pada jam 11.20 malam.

Iklan
Iklan

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Layang-Layang melancarkan Ops Cantas dan menahan suspek berusia 36 tahun pada jam 11.50 malam.

“Turut dirampas enam tandan pisang berangan, sebuah kereta Perodua Kancil berwarna putih dan satu kunci,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Bahrin berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, suspek direman empat hari bermula Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Iklan