GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan bahawa lebih 14,800 pesakit di Gaza memerlukan rawatan perubatan kritikal yang ketika ini tidak dapat disediakan di wilayah terkepung itu, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan pada Rabu menggesa supaya laluan rujukan perubatan dari Gaza ke Tebing Barat termasuk Baitulmuqaddis Timur diaktifkan semula sebelum terlambat.