Kanak-kanak maut didera ibu tiri, tubuh penuh kesan luka

Iklan
Kanak-kanak 12 tahun menjadi mangsa penderaan ibu tiri. Foto hiasan

SUKABUMI - Tular di media sosial menunjukkan keadaan menyayat hati seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dengan kesan luka pada tubuh kerana menjadi mangsa penderaan ibu tirinya.

Mangsa dikenali sebagai NS dari Desa Bojongsari, Kecamatan Jampang Kulon, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat di Indonesia itu yang sempat dirawat di hospital meninggal dunia pada Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Kasat Reskrim Polres Sukabumi, AKP Hartono berkata, mereka masih menunggu keputusan autopsi.

Pihak berkuasa masih menunggu keputusan autopsi. Foto Agensi

Iklan

Sementara itu, bapanya, Anwar Satibi, 38, menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang jika terbukti anaknya didera.

"Saya mohon hukuman yang setimpal atas perbuatannya," ujarnya ketika ditemui petugas media di RS Bhayangkara TK II Setukpa Polri pada Jumaat.

Iklan

Difahamkan, Anwar menuntut prosedur bedah siasat dilakukan terhadap anaknya bagi merungkai kebenaran.

Beberapa catatan di media sosial mendakwa NS yang pulang bercuti dari pesantren untuk menyambut Ramadan bersama keluarga turut dipaksa meminum air panas oleh ibu tirinya. - Agensi