10 tradisi unik Ramadan di seluruh dunia

Iklan
Lentera warna-warni digelar sebagai fanous menghiasi malam sepanjang Ramadan sebagai simbol kegembiraan dan cahaya pada bulan suci.

RAMADAN bukan sahaja bulan untuk memperbanyakkan ibadah dan keinsafan, malah turut disambut dengan pelbagai tradisi unik yang mencerminkan kepelbagaian budaya umat Islam di seluruh dunia.

Setiap negara mempunyai cara tersendiri dalam menghidupkan suasana sempena ketibaan bulan suci menjadikannya lebih bermakna dan istimewa.

Iklan
Iklan

Berikut ialah 10 amalan istimewa ketika Ramadan di seluruh dunia.

1. Fanous warna-warni (Mesir)

Iklan

Di kebanyakan kawasan di bandar dan kampung seluruh Mesir dihiasi dengan lentera warna-warni digelar sebagai fanous pada waktu malam sepanjang Ramadan. Ia simbol kegembiraan dan cahaya pada bulan suci serta memberikan pemandangan yang sangat ikonik.

2. Seheriwalas (India)

Iklan

Tradisi kuno di New Delhi tersebut dilakukan individu digelar sebagai seheriwalas atau zohridaars yang akan berjalan sepanjang kawasan pada awal pagi sambil melaungkan doa dan ajakan supaya komuniti bangun untuk bersahur.

Individu digelar sebagai seheriwalas atau zohridaars yang akan berjalan pada awal pagi sambil melaungkan doa dan ajakan supaya komuniti bangun untuk bersahur.

3. Ritual Padusan (Indonesia)

Di Pulau Jawa, ramai Muslim melakukan upacara padusan iaitu mandi atau berendam di mata air, sungai atau kolam sebelum ketibaan Ramadan. Ia sebagai simbol pembersihan rohani dan fizikal individu.

Di Pulau Jawa, ramai Muslim melakukan upacara padusan iaitu mandi atau berendam di mata air, sungai atau kolam sebelum ketibaan Ramadan.

4. Nafar (Maghribi)

Di Maghribi, seorang pemanggil tradisional digelar nafar akan berjalan di sekitar kampung atau bandar pada awal pagi sambil memainkan alat muzik tradisional untuk membangunkan penduduk supaya bersiap untuk bersahur.

Pemanggil tradisional digelar nafar akan berjalan di sekitar kampung atau bandar pada awal pagi sambil memainkan alat muzik tradisional untuk membangunkan penduduk supaya bersiap untuk bersahur.

5. Lagu tradisional keagamaan (Albania)

Komuniti Rom mempunyai tradisi unik yang mana mereka menyanyikan lagu tradisional keagamaan diiringi alat muzik lodra (gendang kulit kambing) pada waktu berbuka dan bersahur setiap hari sambil berkumpul dengan keluarga serta sahabat handai.

Komuniti Rom mempunyai tradisi unik yang mana mereka menyanyikan lagu tradisional keagamaan diiringi alat muzik lodra pada waktu berbuka dan bersahur setiap hari.

6. Permainan muheibes (Iraq)

Ia merupakan permainan tradisional rakyat di Iraq yang sangat popular ketika bulan Ramadan. Disertai dua pasukan besar dengan sebentuk cincin disorokkan dalam genggaman tangan. Pihak lawan perlu meneka dengan betul siapa yang menyorokkan cincin tersebut untuk mendapat mata.

Ia merupakan permainan tradisional rakyat di Iraq yang sangat popular ketika bulan Ramadan.

7. Tradisi 'buka pintu' (Cameroon)

Komuniti Islam mengambil peluang untuk berkongsi rezeki ketika berbuka puasa dengan membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang memerlukan makanan. Di samping dapat mengumpulkan pahala dengan bersedekah, ia turut mengeratkan silaturahim.

Komuniti Islam di Cameroon mengambil peluang untuk berkongsi rezeki ketika berbuka puasa dengan membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang memerlukan makanan.

8. Pemukul davul (Turkiye)

Di kebanyakan kawasan kejiranan, beberapa individu lengkap berpakaian tradisional akan memukul dram (davul) untuk membangunkan komuniti untuk bersahur. Tradisi tersebut diwarisi sejak zaman Uthmaniyyah.

Tradisi memukul dram (davul) untuk membangunkan komuniti untuk bersahur diwarisi sejak zaman Uthmaniyyah.

9. Puisi Raivaru (Maldives)

Komuniti Islam mengamalkan tradisi berzikir melalui bentuk puisi khas digelar Raivaru. Ia menghidupkan suasana malam Ramadan dengan elemen seni dan spiritual. Kebiasaannya, ia dilakukan secara berkumpulan atau dalam majlis komuniti.

Komuniti Islam di Maldives mengamalkan tradisi berzikir melalui bentuk puisi khas digelar Raivaru.

10. Maan kykers (Afrika Selatan)

Pemerhati anak bulan atau maan kykers itu dilantik secara langsung oleh Majlis Kehakiman Islam Afrika Selatan. Tradisi istimewa itu menandakan berakhirnya bulan Ramadan dan meraikan amalan melihat anak bulan pertama dengan mata kasar di beberapa lokasi ditetapkan sebagai penentuan ketibaan Syawal.

Pemerhati anak bulan atau maan kykers menjadi tradisi istimewa bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan.

Sumber: https://themuslimvibe.com