[VIDEO] Kes anak Rafizi diserang: Polis rakam keterangan enam individu

Iklan

SHAH ALAM - Polis telah merakam keterangan seramai enam individu bagi membantu siasatan berkaitan kes anak lelaki bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada Rabu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, setakat ini, pihaknya telah merakam keterangan Rafizi dan isteri serta anaknya termssuk saksi lain.

Iklan
Iklan

"Kita telah merakam keterangan enam saksi bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Selangor, pada Khamis.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan dalam kejadian pada jam 2 petang itu, anak Ahli Parlimen Pandan berusia 12 tahun itu, difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Iklan

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengadakan sidang media berkaitan kes anak kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang diserang pada Khamis.

Shazeli dilaporkan berkata, kejadian berlaku di tempat menurunkan dan mengambil penumpang di pusat beli-belah berkenaan.

Iklan

Sementara itu, Rafizi dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan anaknya diserang dengan cara diheret dan disuntik dengan jarum suntikan di pusat beli-belah tersebut.

Rafizi berkata, kejadian berlaku ketika beliau, isteri dan anaknya mahu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat membeli belah berkenaan.

Menurutnya, serangan tersebut melibatkan dua orang lelaki yang berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhannya.