Penjawat awam bersama enam kontraktor direman kes tuntutan tidak wujud lebih RM100,000

Iklan
Penjawat awam wanita bersama enam kontraktor direman lima hari bermula Khamis oleh SPRM Melaka bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen pembekalan tidak wujud dengan jumlah tuntutan RM139,100.

Melaka - Penjawat awam wanita bersama enam kontraktor direman lima hari bermula Khamis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen pembekalan tidak wujud dengan jumlah tuntutan perkhidmatan makan dan minum sebanyak RM139,100.

Perintah reman terhadap kesemua mereka berusia 32 hingga 52 tahun itu sehingga Isnin ini dikeluarkan Majistret N Sivashangari selepas dipohon pegawai penyiasat SPRM mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Iklan
Iklan

Kesemua mereka yang memakai baju lokap SPRM tiba di pekarangan mahkamah menaiki kenderaan khas agensi itu kira-kira 9 pagi sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret.

Sumber berkata, mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka bagi siasatan yang sedang dijalankan antara jam 11.24 pagi hingga 12.05 tengah hari pada Rabu.

Iklan

"Kesemua inidvidu termasuk penjawat awam dan kontraktor didakwa mengemukan dokumen kerja pembekalan palsu membabitkan enam syarikat berbeza.

"Ia susulan dakwan terhadap mereka yang memperoleh tuntutan pembekalan perkhidmatan makan dan minum berjumlah keseluruhan RM139,100 sedangkan pembekalan berkaitan tidak pernah dilaksanakan," katanya.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan serta reman kesemua suspek.

"Siasatan lanjut akan diteruskan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009," katanya.